Sabtu, 4 Mei 2013

#tukarkelantan PAS SUDAH SEDIA UNTUK BERUNDUR

Sangkakala baru mendapat maklumat daripada seorang rakan yang mengatakan bahawa PAS Kelantan sudah menyimpan semua fail yang ada di Balai Islam Kota Bharu!!!

Bagi Sangkakala ini mungkin sudah menjadi persediaan Pas untuk keluar dari Pusat Pentadbiran Kerajaan Kelantan.

Selama beberapa kali pilihanraya sebelum ini PAS Kelantan tidak mengambil pendekatan untuk menyimpan segala bentuk fail kerana PAS Kelantan berasa amat yakin bahawa mereka masih kekal menjadi kerajaan di negeri tersebut.

Namun kali ini situasi dilihat amat berbeza dimana semua fail tersebut disimpan disuatu tempat yang mana hanya orang orang tertentu sahaja yang mengetahuinya.

Kenapa PAS berbuat begitu sekiranya mereka amat yakin bahawa mereka dapat mengekalkan pemerintahan di negeri tersebut?

Ini menjadi satu tanda tanya dimana rakyat Malaysia telah melihat bahawa selama Kelantan di perintah oleh PAS, tidak ada kemajuan untuk negeri itu hingga sekarang.

Rakyat negeri Kelantan juga sudah mula muak dengan kerenah Nik Aziz yang dilihat tidak ubah seperti orang yang lapar kuasa dengan tidak mengisytiharkan diri beliau tidak bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Dan selama Nik Aziz menjadi Menteri Besar, keadaan di negeri itu bertambah teruk dimana masalah pencemaran air dan masalah pembahagian tanah untuk ladang rakyat membelenggu Kelantan.

Sepanjang tempoh itu juga, PAS Kelantan gagal untuk membawa pelabur asing dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan hingga mereka terpaksa keluar untuk mencari nafkah.

Anak anak muda contohnya terpaksa. Pergi ke negeri negeri lain dan bandar bandar besar yang lain seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru contohnya untuk mencari nafkah.

Ini kerana mereka sendiri tidak mempunyai peluang untuk mencari nafkah bagi menyara keluarga mahu pun diri sendiri di Negeri Kelantan ekoran ketiadaan peluang pekerjaan.

Jadi mungkin pada kali ini, rakyat Kelantan sudah mula sedar dan akan bangkit untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan dan oleh kerana PAS Kelantan juga sudah melihat akan perkara ini, maka sebaik baiknya semua fail yang ada dalam pejabat mereka disimpan dahulu supaya segala kelakuan mereka selama memerintah tidak akan didedahkan kelak.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan