Jumaat, 10 Mei 2013

ORANG PERAK JANGAN DIAM @ZambryAbdKadir @azwanbro @hairul_own

Dikhabarkan pakatan pembangkang akan mengadakan himpunan bantah pilihanraya di Ipoh lusa.

Yang hadir adalah dikalangan pemimpin pemimpin pembangkang.

Kenapa Perak juga menjadi sasaran? Sedangkan mereka membantah tentang terputusnya bekalan elektrik di beberapa tempat semasa pengiraan undi dijalankan dan seperti di Pahang, mereka menang dalam kiraan undi tersebut.

Ini adalah satu alasan untuk mereka mengadakan rapat umum bagi mencetuskan rasa kurang senang dikalangan rakyat dimana mereka sebenarnya tidak dapat menerima keputusan bahawa rakyat Malaysia masih menerima kerajaan Barisan Nasional sebagai pemerintah.

Jika mereka berjaya memerintah, barulah mereka akan mengatakan bahawa SPR itu telus dan ianya adalah adil, apa makna semua ni?

Anwar bersikap seolah kanak kanak yang berumur 5 tahun sedangkan umur beliau sudah menjangkau 60 tahun lebih, adakah beliau tidak dapat memastikan yang mana adil ataupun tidak?

Selama beliau didalam kerajaan, beliau tidak pernah mengatakan bahawa pilihanraya di Malaysia penuh dengan kekotoran atau penyelewengan, tapi bila dah duduk di tempat pembangkang semua itu dihamburkan kepada kerajaan dengan mengeluarkan pelbagai fitnah dengan niat memburuk burukkan kerajaan.

Kini mereka akan pergi pula untuk menyerang negeri Perak yang mana negeri tersebut telah dimenangi oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sangkakala rasa rakyat negeri Perak kini harus bangkit menentang mereka yang cuba memburukkan keadaan aman di negeri Perak dengan cara melaporkan perkara ini kepada pihak polis esok yang mana rakyat negeri Perak menolak kehadiran pakatan pembangkang untuk membuat onar dinegeri tersebut.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan