Selasa, 28 Mei 2013

@NajibRazak BN ATAU KOMPONEN YANG TAK RELEVAN ???

Selepas pilihanraya umum ke 13 baru baru ini, Sangkakala dapat merasakan bahawa kerajaan Barisan Nasional sebenarnya ditipu oleh rakyat terutamanya di negeri negeri dibawah pentadbiran pembangkang kini.

Mungkin akan ada yang tidak bersetuju dengan apa yang Sangkakala katakan tetapi itu adalah hakikat setelah melihat kejadian kejadian sebelum pilihanraya dimana momentum Barisan Nasional dilihat agak menarik kerana ada unsur unsur sokongan dari rakyat negeri Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah.

Namun apa yang dapat kita lihat ialah, hanya negeri Kedah sahaja yang berjaya ditawan semula oleh kerajaan Barisan Nasional sedangkan 3 negeri lain masih berada di tangan pembangkang. 

Terlalu banyak laporan yang diberikan oleh pelbagai agensi dan jika dilihat daripada laporan laporan tersebut, sememangnya satu kelainan atau keajaiban akan berlaku dalam pilihanraya kali ini. 

Sangkakala suka nak bertanya, adakah laporan laporan berkenaan tepat dan selari dengan kehendak kerajaan? Atau ianya hanya dibuat diatas sehelai kertas putih dengan menggunakan sempoa sebagai peralatan untuk mengira?

Sesuatu perlu di lakukan dan kini kerajaan perlu mengambil langkah langkah lain untuk memastikan kemenangan mutlak pada pilihanraya yang akan datang.

Sangkakala bukanlah menidakkan kerja kerja yang dilakukan oleh sesetengah agensi kerajaan tapi seperti yang Sangkakala katakan tadi adakah ianya bersesuaian dengan keadaan semasa atau masih menggunakan kaedah letak songkok pun mampu menang?

Berbalik seperti tajuk yang Sangkakala masukkan tadi, kita semua melihat sebagai contoh di Selangor, rakyat Selangor saman kerajaan pakatan pembangkang tentang itu dan ini, namun kekalahan dinegeri tersebut meningkat, sepatutnya sokongan yang diihat memberikan kelebihan tapi silap kekalahan pula yang menjelma.

Adakah ianya kerana faktor calon? Atau adakah kerana faktor kerajaan pusat? Atau adakah kerana faktor Barisan Nasional di kawasan tersebut? Semua ini perlu diambil kira kerana dengan kemenangan sebanyak 140 pada PRU 12 kita sudah merasakan bahawa PRU 13 adalah pilihanraya yang sengit serta mencabar.

Semua pemimpin, orang UMNO dan BN serta rakyat mengatakan bahawa mereka telah bersiap sedia untuk pilihanraya pada bila bila masa dan seperti terlalu mencabar pembangkang dan menunjukkan seolah olah Barisan Nasional akan menjunamkan pakatan pembangkang seperti mana yang terjadi di Singapura.

Tapi apa yang terjadi ialah, Barisan Nasional hampir hampir dipupuskan kewujudannya di Negeri Selangor dan Pulau Pinang kecuali di Kelantan yang mempunyai sedikit peningkatan.

Tapi adakah itu mencukupi? Apakah benar tugasan yang dikatakan sudah selesai dengan jayanya benar benar berjaya? Atau ianya hanya indah khabar dari rupa?

Sangkakala masih ingat pada sambutan ulangtahun UMNO tahun lepas, ramai yang menyorak apabila Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO meminta supaya paluan gendang perang di ketuk kerana orang orang UMNO sudah bersedia lebih dari 100 peratus untuk menyambut cabaran pilihanraya tapi apabila gendang dipalu maka tersingkaplah segala kerja yang belum selesai.

Dan apabila Barisan Nasional hampir tumbang sekali lagi, semua kesalahan diletakkan di bahu orang orang cina kononnya tidak memberikan undi dan sikongan kepada Barisan Nasional,  tapi benarkah semua ini? Atau ada sebab lain?

Sangkakala melihat ke satu arah yang bertentangan dengan pandangan orang yang menyalahkan pengundi cina iaitu mereka ini terabai oleh parti yang mewakili mereka selama ini kerana sikap pemimpinnya yang tidak mengikut kehendak rakyat.

Sangkakala ini sekali lagi bertanya, kenapa dulu kebanyakan kaum cina mengikut MCA dan kini kenapa  mereka memilih untuk mengikut DAP?  Apa beza DAP dengan MCA? 

Jawapnnya ialah MCA dulu membawa sinar kepada masyarakat cina tetapi kini sinar tersebut semakin tenggelam kerana pemimpin MCA itu sendiri.

Adakah dengan tidak meletakkan wakil MCA didalam kabinet boleh menyelesaikan masalah? Sangkakala tidak nampak perkara itu boleh berlaku.

Apa yang dicadangkan oleh MCA dalam mesyuarat agung mereka bahawa sekiranya MCA tidak berjaya menambah kerusi atau kehilangan kerusi maka tidak akan ada wakil dari parti tersebut didalam kabinet.

Disitu jelas menunjukkan bahawa MCA tidak menghormati kaum cina yang mengundi mereka kerana Sangkakala yakin dan percaya bahawa masih ada lagi kaum cina yang mengundi parti tersebut.

Dengan ketiadaan wakil daripada MCA akan membuatkan kaum cina dilepaskan seperti layang layang putus tali, kemana hala tuju mereka yang bermasalah nanti? Nak suruh pegi mengadap DAP?  Itu sama dengan meletakkan umpandi mulut ikan sudah pasti akan termakan.

Ibarat kata pepatah, belakang parang jika diasah semakin lama semakin tajam itulah yang akan berlaku sikit masa nanti, dimana Sangkakala rasa itu adalah peluang kepada DAP untuk menyebarkan dakyah dengan mengatakan bahawa Barisan Nasional tidak memerlukan mereka (kaum cina) lagi selepas ini.

Adakah itu yang mahu kita semua lihat dalam PRU 14 nanti? 

MCA dikatakan akan mengambil tindakan kepada wakil rakyat mereka yang menerima jawatan dalam kerajaan tudak kira exco atau sebagainya, bagi Sangkakala jika MCA berkeras begitu, tinggalkan sahaja parti tersebut kerana mengamalkan politik dendam terhadap bangsa mereka sendiri fan mana mana wakil rakyay yang tetap mahu berkhidmat dalam kerajaan demi untuk bersama sama membangunkan negara boleh menyertai rakan Barisan Nasional seperti yang dilakukan oleh Dato Zulkifli Nordin dalam PRU yang lepas. 

Begitu juga dengan Gerakan adakah mereka masih lagi di takuk lama dengan meyakini bahawa mereka adalah sebuah parti yang kukuh? Tergadainya Pulau Pinang kerana apa? Itu perlu dikaji dan diambil pendekatan yang baharu supaya parti tersebut boleh menjadi satu wadah bagi suara ahli parti serta rakyat, jika ianya tidak dilakukan sekarang, agak agaknya bila pulak lagi?

Sangkakala tidak mahu mengambil contoh parti parti lain kerana ayat yang keluar sekarang ini adalah Tsunami Cina dan Sangkakala rasa ianya adalah sesuatu yang tidak sesuai kerana kita menyangkakan nusuh itu dihadapan kita tetapi kita selalu lupa musuh itu membaca strategi kita.

MCA dan Gerakan perlu berubah dengan lebih menghampiri rakyat khususnya kaum cina kerana mereka juga adalah rakyat biasa, apabila MCA dan Gerakan tidak menampakkan pembelaan terhadap mereka maka mereka akan pergi membawa diri dan apabila ada hasutan yang kuat,  mereka akan beralih arah, jangan sesekali menunding satu jari kearah mereka kerana 3 jari lagi pasti menunding ke arah kita.