Sabtu, 4 Mei 2013

MUJAHID KATA SEPENGGAL CUKUP

Ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa pernah berkata kepada Datuk Lan bahawa beliau memerlukan hanya sepenggal sahaja untuk menjadi ahli parlimen di Parit Buntar.

Siapa Datuk Lan? Apa hubungan diantara Mujahid dan Datuk Lan?

Jadi kalau dah minta sepenggal, cukuplah untuk sepenggal Mujahid menjadi ahli parlimen Parit Buntar.

Selama ini pun Mujahid dikatakan tidak membawa segala permasaalahan di Parit Buntar ke dewan rakyat, hanya bercerita sekadar permasaalahan di peringkat pusat.

Jadi kalau hanya membuka cerita tentang kawasan lain, bagaimana pula dengan masalah di Parit Buntar?

Tapi sudah menjadi adat, pemimpin pakatan pembangkang akan diambil dari kalangan orang dari luar kawasan dan diletakkan di satu satu kawasan lain yang dikira mampu menang dan bila kejadian ini berlaku, adakah orang luar tersebut mampu untuk mengesan segala permasaalahan di kawasan tersebut?

Ada juga pengundi yang mengatakan bahawa Mujahid tidak pulang menjenguk mereka sepanjang 4 tahun yang lepas dan beliau hanya pergi berjuumpa dengan mereka bila saat pilihanraya bakal berlangsung.

Jadi marilah sama sama kita realisasikan apa yang dihajati oleh Mujahid untuk memegang parlimen cuma sepenggal, lagi pun dengar cerita Mujahid sekarang kurang sihat dengan penyakit gaut yang dialami oleh beliau.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan