Rabu, 15 Mei 2013

HUSAM TUNJUK KEBENCIAN PADA NIK AZIZ

Mungkin ekoran daripada tidak dijadikan sebagai exco kerajaan negeri Kelantan yang baru, maka Husam telah menghilangkan diri semasa majlis perpisahan bekas menteri besar.

Dulu Husam dilihat begitu mengagungkan Nik Aziz dan Nik Aziz adalah idola kepada beliau, namun kini semuanya musnah.

Nampak sangat si Husam ni gilakan jawatan sebagai exco kerajaan negeri.

Siapa kata pemimpin pakatan terutamanya dari PAS begitu sederhana dan tidak memikirkan jawatan?

Husam kini membuktikan semua itu adalah tidak benar dan juga palsu, naluri seorang manusia tidak dapat disembunyikan dengan perbuatan walaupun mulut mengatakan ye, tapi hati mengatakan tidak dan direalisasikan dengan perbuatan.

Dulu PAS memang tidak mementingkan jawatan, tapi kini ianya berbeza sama sekali dan PAS kini sudah berubah seratus peratus tambahan pula apabila dijanjikan dengan jawatan penting dalam kerajaan jika pakatan pembangkang memerintah.

Ini membuatkan pemimpin PAS berlumba lumba untuk memegang jawatan dalam kerajaan kerana bagi mereka jawatan tersebut menentukan kesinambungan politik mereka.

Apa yang dapat kita lihat pada hari ini, majoriti pemimpin pembangkang akan bertanding di dua kawasan, satu DUN dan satu Parlimen, ini juga jelas menunjukkan bahawa mereka tidak melepaskan peluang sekiranya kerajaan negeri atau pusat dibawah kepimpinan mereka.

Bagaimana pula dengan nasib para pengikut yang mempunyai kekuatan untuk memimpin? Mengapa mereka tidak diberikan peluang untuk menjadi calon?

Bukan semua pemimpin pembangkang itu popular, ini dapat kita lihat kerana ada dikalangan pemimpin pembangkang yang menang satu kerusi DUN atau parlimen yang dipertandingkan.

Mungkin juga mereka takut jika bertanding di satu kerusi, maka kekalahan akan menjadi bayangan mereka oleh kerana itu mereka bertanding untuk dua kerusi, jika kalah satu mereka masih boleh bersandar kepada satu lagi kerusi.

Ini pemimpin pembangkang yang dikatakan tidak tamak, mereka pandai menyorokkan semua itu, tapi tidak mampu menyimpan ketamakkan mereka apabila bertanding dalam dua kawasan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan