Rabu, 1 Mei 2013

DATO KAMILIA TAKKAN DAPAT UNDI ???

Bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia,  Dato Kamilia nampak gayanya sengaja menacri susah dengan meletakkan beliau sebagai calon bebas, sqtu hal dah tentu kena pecat dari parti dan sqtu lagi hal pula, sokongan serta undian dari ahli UMNO sudah pasti tidak akan memihak kepada beliau.

 Mengikut kata mantan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Rafidah meminta kepada semua ahli UMNO yang menjadi pengundi di kawasan parlimen Kuala Kangsar agar tidak memberikan undi kepada Kamilia.

 Wahh..nampaknya Kamilia akan bergerak sendirian kalau macam ni gayanya, sudah pasti kalau ikutkan cara, Kamilia akan kehilangan wang pertaruhan pilihanraya jika semua pengundi tidak memberikan beliau walaupun undi kesian dan itulah yang diminta oleh Tan Sri Rafidah kerana menurut beliau, Kamilia adalah seorang pengkhianat kepada parti dan tindakan beliau bertanding sebagai calon bebas adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin tertinggi sayap parti berkenaan.

 Jadi Kamilia perlu bersiap sedia untuk menerima kekalahan di kawasan tersebut dan jangan bermimpi untuk menjadi ahli parlimen.