Rabu, 8 Mei 2013

DAP MULA RISAU

DAP menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.
 
 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Khalid patut kekal sebagai Menteri Besar setelah berjaya mengetuai Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dalam piliharaya umum baru-baru ini dengan memenangi majoriti dua pertiga dengan 44 daripada 56 kerusi Dun Selangor berbanding hanya 36 kerusi pada tahun 2008.
 
Kenapa pulak DAP beriya nakkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sedangkan PAS mempunyai lebihan satu kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Negeri Selangor?

Macam ada yang tak kena pulak bila Guan Eng menyatakan kenyataan macam tu kan?

Sangkakala rasa mungkin ada sebalik batu dengan apa yang DAP tuntut, tidak munasabah kalau DAP sengaja menuntut begitu kerana prestasi Khalid di Selangor.

Para pengundi serta rakyat Selangor boleh melihat apa yang cuba dilakukan oleh DAP dan tidak mustahil PAS akan gigit jari sekiranya DAP Selangor juga menyokong Khalid sebagai Menteri Besar kerana jika dicampurkan undi untuk kedua dua parti tersebut, ianya akan melebihi kerusi yang PAS perolehi sekarang.

Jadi sekiranya perkara itu terjadi, apa kata PAS Selangor? Adakah mereka juga akan melakukan sepertimana yang dilakukan oleh pakatan pembangkang pada malam ini dan pengikut Husam Musa di Kelantan?



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan