Ahad, 19 Mei 2013

DAP MULA NAK TUKAR PERLEMBAGAAN

Kenyataan Karpal Singh mengatakan bahawa kerajaan perlu menukar perlembagaan dengan memansuhkan Dewan Negara kerana dilihat merugikan adalah satu kenyataan permulaan dalam penukaran perlembagaan.

Jika dulu kita menyangkakan bahawa mereka akan menukar perlembagaan nampaknya adalah tepat.

Cuba bayangkan jika mereka (pakatan pembangkang) yang memenangi pilihanraya yang lalu, sudah pasti perkara ini akan diluluskan dan mungkin akan ada lagi penukaran penukaran lain.

Kita harus melihat perkara ini secara serius, inilah yang hendak dilakukan oleh DAP selama ini dan bukti sudah ada di depan mata.

Mereka tidak dipilih menjadi kerajaan, namun mereka sudah berani untuk mengusulkan penukaran perlembagaan ini, jika mereka menjadi kerajaan? Apa akan jadi?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan