Khamis, 16 Mei 2013

BUKTI ANWAR DERHAKA

Semua menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri, namun Anwar Ibrahim masih lagi mengatakan bahawa pilihanraya umum ke 13 yang lalu adalah tidak sah.

Nampak sangat Anwar tidak dapat menerima ketentuan yang ditentukan oleh rakyat melalui sistem pengundian dan beliau seolah olah menidakkan apa kehendak rakyat negara Malaysia.

Pilihanraya ke 13 dilihat oleh Anwar sebagai pilihanraya yang kotor walaupun pemilihan dibuat dengan mengikut beberapa syarat yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang.

Tidak dapat dipastikan apa lagi yang Anwar tak puas hati, tapi daripada apa yang dilihat oleh masyarakat, Anwar hanya akan berpuas hati apabila beliau terpilih sebagai Perdana Menteri.

Anwar juga seperti tidak menerima keutusan rakyat yang mahukan kerajaan diberi kepada Barisan Nasional.

Dengan mengadakan himpunan disana sini, Anwar juga mungkin mencabar rakyat untuk terus menolak beliau menjadi Perdana Menteri.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan