Isnin, 20 Mei 2013

ABBY ABADI CARI PENYAKIT

Alahai la Abby, kalau nak keluar statement tu tengok le kiri dan kanan baru le keluarkan kenyataan, sebab semua orang Malaysia tahu siapa kamu sebelum ni, nak bertaubat tiada masalah, tapi bila kata itu dan ini macam dah arif sangat tentang agama sudah pasti lah ibarat menepuk air didulang.

Tak siapa marah atau melarang bahkan ramai yang suka dengan keinsafan yang Abby Abadi terima.

Tapi macam yang Sangkakala katakan tadi, jangan sampai orang jadi meluat atau menyampah sebab menunjuk nunjuk dan berlagak hebat serta pandai sedangkan Abby ibarat tin kosong yang tiada apa apa cuma bunyi berdentum dentam.