Ahad, 26 Mei 2013

#505 PAKATAN PERLU JAWAB SOALAN PM

Semalam berlangsung majlis perasmian karinival belia di PutraJaya yang berlangsung selama 3 hari dan berakhir pada hari ini.

Dalam ucapan Perdana Menteri semalam, beliau bertanya kepada Pakatan Pembangkang, mana pengundi yang dikatakan warga Bangladesh? Dan lapangan terbang mana mereka turun untuk berada di Malaysia sebagai pengundi?

Pembangkang pernah mengatakan bahawa kira kira 40'000 orang warga Bangladesh diterbangkan ke Malaysia untuk dijadikan pengundi.

Namun pembangkang telah gagal menunjukkan kepada rakyat di seluruh negara, di lapangan terbang mana mereka mereka ini diturunkan?

Ini semua adalah fitnah, dan dakyah songsang yang mampu memesongkan pemirikan rakyat, lebih lebih lagi pengikut pakatan pembangkang supaya membenci kerajaan.

Jadi Sangkakala rasa, pakatan perlu menjawab soalan soalan tersebut supaya ianya tidak menjadi satu fitnah.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan