Selasa, 23 April 2013

#tolakpakatan HINDRAF BUAT HAL LAGI

Sokongan yang ditunjukkan oleh HINDRAF jelas membuktikan hanya kerajaan Barisan Nasional yang mmapu untuk memberikan yang terbaik buat masyarakat India di negara ini.

Walaupun satu masa dulu HINDRAF dilihat tidak begitu pro kerajaan, namun kini keyakinan badan bertindak itu terhadap kerajaan bertambah baik.

HINDRAF telah bertemu beberapa kali dengan pemimpin pembangkang demi untuk meminta jaminan bahawa jika pakatan pembangkang memenangi pilihanraya kali ini kebajikan masyarakat India akan terjamin, namun ianya hanya sia sia.

Sejak pertemuan dengan Perdana Menteri, satu akujanji telah ditandatangani dimana kerajaan akan memberikan jaminan kebajikan kepada masyarakat India.

Yang sebenarnya ialah, jika tiada akujanji ini sekalipun, sememangnya kerajaan mengambil berat terhadap masyrakat itu selama ini dimana beberapa bentuk peruntukan telah diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat India deperti sekolah jenis kebangsaan tamil dan sebagainya.

Walaupun begitu, HINDRAF selaku badan bertindak menginginkan lebih jaminan dan kerajaan tidak merasakan itu sebagai ancaman.

Dengan hati yang terbuka, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk memberi jaminan kepada HINDRAF.

Jadi kini masyarakat kaum India tidak perlu lagi risau dengan kebajikan mereka.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan