Dapat kita lihat betapa ahli ahli PAS begitu kurang ajar dengan mengatakan bahawa insiden di Lahad Datu adalah satu lakonan yang di buat buat.
Tidakkah mereka ini merasa insaf dengan pengorbanan yang dilakukan oleh para syuhada negara di perbatasan sana?
Jika tidak mampu untuk membalas budi belajarlah untuk mengenang budi, kerana pengorbanan mereka kita hari ini mampu untuk terus berdiri membina kehidupan sedangkan mereka yang gugur meninggalkan orang yang tersayang yang belum tentu lagi kehidupannya dimasa akan datang.
Sangkakala merasa kesal dan sedih apabila masih ada lagi orang melayu beragama islam yang masih kolot pemikiran seperti pemikiran pengikut totok PAS yang sentiasa menunjukkan sikap tidak matang dalam politik tanah air.
Takkan semua perkara termasuk perjuangan yang melibatkan kehilangan nyawa dipolitikkan hingga sanggup mengatakan ianya hanya sebuah lakonan.
Jika parti sebegini kita jadikan pemerintah sudah pasti kelak pengorbanan para pejuang ini akan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diberi penghormatan mahu pun kenangan.
Tidak berkesudahan mereka menghina dan terus menghina para pejuang dari pada mengiktiraf pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan hinggalah ke perjuangan di Lahad Datu.
Walau apa pun Sangkakala ucapkan terima kasih pada semua pejuang tanah air yang sanggup bergadai nyawa untuk negara dan kepada yang terkorban hanya doa semoga roh mereka dicucuri rahmat dapat Sangkakala berikan dan kepada mereka yang kehilangan keluarga dalam insiden Lahad Datu percayalah, bukan kalian sahaja yang merasa kehilangan tersebut bahkan sekuruh negara merasai kehilangan mereka.