Khamis, 4 April 2013

#GE13 JANGAN JADI SEPERTI MEREKA

Ini le yang akan jadi kalau kita lupa darimana kita datang dan jika kita lupa juga untuk memikirkan apa yang akan jadi pada masa akan datang.

Perlukah satu hari nanti anak cucu kita pula masukkan status yang sebegini rupa?

Harap harap rakyat Malaysia sedar tentang apa yang bakal berlaku di masa akan datang dan perlu juga kita fikirkan akan kedudukan kita di masa hadapan.

Pembangkang selalu memainkan pelbagai isu untuk memastikan mereka akan mencapai matlamat mereka untuk ke putrajaya.

Dengan menabur segala janji janji manis kepada rakyat dengan harapan rakyat akan memilih mereka dan pada akhirnya nanti rakyat sendiri akan menyesal.

Jadi disini, fikir fikirkanlah apa yang kita akan pangkah semasa pilihanraya nanti.