Selama kerwjaan Barisan Nasional memerintah negara, begitu banyak yang rakyat Malaysia perolehi daripada kemakmuran dan kestabilan negara kerana kemajuan ekonomi yang amat pesat.
Tidak seperti yng berlaku di beberapa buah negeri di bawah pentadbiran pembangkang pada masa kini dilihat agak menurun prestasi ekonominya hingga membuatkan mereka (pembangkang) terpaks menipu rakyat demi untuk menutup segala kelemahan mereka menjadi pentadbir di negeri negeri tersebut.
Seperti Selangor yang dikatakan dapat mengumpul keuntungan berbillion ringgit namun ianya hanyalah untuk mengaburi mata pengundi supaya memilih mereka dalam PRU kali ini.
Keuntungan yang disebut hanyalah retorik semata mata kerana banyak aset kerajaan negeri terutamanya aset milik Perbadanan Kerjaan Negeri Selangor telah dicairkan dan ditujar dalam bentuk tunai, dan ianya tidak didedahkan kepada rakyat.
Begitu juga kerajaan Pulau Pinang yang menanggung defisit selama 5 tahun berturut turut dan ada diantata defisit ini dilunaskan oleh kerajaan pusat demi membantu tahap ekonomi.
Kelantan juga tidsk terkecuali, walaupun nampak ianya amat baik, namun realiti sebenar tentang keadaan ekonominya jrlas kelihatan dimana ramai anak anak muda terpaksa keluar dari negeri tersebut untuk mencari pekerjaan kerana ketidakmampuan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS yang memerintah selama 22 tahun memacu ekonomi dan membawa pelabur asing untuk melabur seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada anak anak muda.
Di negeri Kedah pula kita melihat ketidakstabilan politik berlaku dimana ada diantat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Menteri Besar dan ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi perkembangan ekonomi di negeri tersebut.
Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara selama lebih dari 50 tahun pula sentiasa komited dalam memacu ekonomi dan kestabilan negera di pelihara dengan baik dan saksama.
Jadi perlukah kita memilih untuk menukar kerajaan sedangkan kerajaan sedia ada telah memberikan keselesaan yang amat ketara kepada kita?
Memang undi adalah hak kita sendiri, tetapi sebelum memangkah calon, pandanglah mata keluarga, pandang mata anak kemana hala tuju hidup mereka, pandang mata suami atau isteri, apa akan jadi dengan nasib mereka, pandang mata ibu bapa, siapa yang akan membela mereka, pandang mata kakak dan abang, apa dan dimanakah nanti perjalanan mereka.
Pilihlah yang terbaik, tidak akan ada sebuah parti yang mampu melakukan seperti mana yang Barisan Nasional lakukan selama ini, kerana pakatan pembangkang hanya ingin melepaskan dendam kesumat kepada rakyat yang todak memilih mereka selama ini, fan dendam itu akan terbalas dengan cara bila mana mereka memerintah negara.