Ahad, 7 April 2013

#BN4Perak PR SABOTAJ POTONG BANDERA BN

Apa nak jadi dengan pengikut Pakatan Pembangkang ni? Sampai main potong potong bendera pulak dah, takkan baru bagerak sikit dah risau bagai nak giler kot.

Sebanyak 34 helai Bendera BN dipotong dan kayu dibuang di dalam sungai di Kawasan Titi Sungai Jambu, Parlimen larut.

Ini ke yang diajar oleh pembangkang kepada para pengikut mereka ni?

Rasanya kalau pengikut UMNO dikerah buat kerja kerja ni, alamat habis bendera dan poster pembangkang satu negeri.

Tapi pengikut kerajaan Barisan Nasional tidak pernah dilatih dan tidak pernah diberi arahan untuk melakukan perkara bodoh macam yang puak pembangkang ni buat.

Apa yang dilatih kepada pengikut kerajaan hanyalah bagaimana untuk membantu rakyat dan ini dipraktikkan dari semasa ke semasa.

Nampak sangat pembangkang di negeri Perak kini dalam keadaan ketakutan dek kerana kemaraan pengikut kerajaan yang semakin bertambah ramai.

Jalan mudah bagi pembangkang ialah mengerahkan tenaga pengikut mereka untuk sabotaj semua yang ada.

Sudah sudah la weii..dah tentu kalah pembangkang di Perak tu, buat le macam mana sekali pun, takkan maunye menang yop.

Pengikut kerajaan sekarang ni dah bertambah ramai, apatah lagi anak anak muda yang dah mula sedar bahawa kerajaan ini dari zaman tok nenek mereka dah membantu rakyat sampai le ke mereka sekarang ni.

Dengan segala macam bantuan diberikan oleh kerajaan kepada mereka mana mungkin mereka menolak kerajaan Barisan Nasional.

Jadi kepada pakatan pembangkang di Perak, bersiap sedialah untuk menerima kekalahan demi kekalahan dan Barisan Nasional pasti akan mendapat kerusi majoriti 2/3 di Negeri tersebut.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan