Selasa, 5 Mac 2013

SOKONGAN PADU KEATAS SERANGAN BALAS TENTERA MALAYSIA

Kedaulatan negara Malaysia telah cuba dicabar oleh penceroboh dari negara Filipina dan juga telah mengorbankan beberapa perajurit tanah air.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat, hari ini tentera kerajaan Malaysia telah melancarkan serangan secara besar besaran di Lahad Datu bagi menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

Beberapa buah jet pejuang telah dihantar untuk menyerang pertahanan penceroboh dan diikuti dengan serangan mortar oleh tentera darat terhadap mereka.

Mungkin tindakan ini dinanti nanti kan oleh seluruh rakyat Malaysia yang mahukan keamanan dan keharmonian tanah air dari pencerobohan oleh orang luar.

Perdana Menteri dilihat hari ini mendapat sokongan padu oleh rakyat ketika serangan dilakukan oleh pihak keselamatan dan beliau sendiri menyatakan bahawa pintu rundingan sudah ditutup ekoran kedegilan penceroboh.

Sangkakala berharap agar selepas ini tidak ada lagi bunyi suara suara sumbang yang mengkritik kepimpinan negara ekoran dari serang ini oleh pembangkang yang sentiasa mahu menyalahkan kerajaan.

Kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk mengelakkan pertumpahan darah dari berlaku dengan cara berunding namun pihak penceroboh telah membalas rundingan tersebut dengan menyerang pasukan keselamatan yang mengakibatkan kematian pasukan keselamatan negara.

Ini sekaligus telah membuatkan kerajaan Malaysia merasakan bahawa tiada guna lagi untuk berunding melainkan dengan melancarkan serangan dalam bentuk 'mopping-up' atau serangan sapu bersih sapu bersih keatas penceroboh.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada kerajaan Malaysia dan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang begitu komited dalam menjaga keselamatan negara.

Dan kepada para perajurit yang gugur di medan juang, Sangkakala sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka dan berdoa supaya roh mereka ditempatkan dikalangan para Syuhada.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan