Ishh..Sangkakala pelik betul dengan mamat 'jambu' sorang ni, dulu hentam macam macam, sekarang jilat sampai bersih.
Itu hakikat yang perlu si 'jambu' terima kerana semalam beliau telah memuji sampai tahap dewa kepada bekas presiden MCA itu.
Mungkin beliau merasakan dengan memuji Tee Keat maka bekas Menteri Pengangkutan itu mungkin akan berpaling kepada Pakatan Pembangkang agaknya.
Tapi menjadi satu kesilapan kepada Rafizi, pendedahan yang dilakukan oleh Tee Keat bukan dengan niat nak menjatuhkan tetapi ianya adalah keraguan terhadap projek tersebut.
Takkan itu pun tak boleh nak beza wahai si 'jambu'.
Seperti yang Sangkakala beritahu dalam artikel artikel sebelum ini, Rafizi bukanlah sebijak yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim atau kepimpinan PKR itu sendiri dan lantikan beliau sebagai pengarah strategi juga adalah atas perkenan ketua umum dan bukannya presiden PKR.
Setiap strategi si Rafizi dapat dipatahkan oleh orang orang Barisan Nasional dan setiap apa juga yang dilakukan oleh beliau seumpama peribahasa anjing menyalak bukit.
Apa kata daripada si 'Jambu' ni menggoda Tee Keat untuk bersama sama dengan PKR, baik suruh Anwar tu bertaubat supaya PKR tu bersih sikit walaupun tak sebersih Barisan Nasional.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan