Jumaat, 1 Mac 2013

PAS PENANG TAK PEKA ISU HALAL BILA BERSAMA DAP

Apa nak jadi dengan PAS sekarang? Makin hari sudah makin kurang peka terhadap isu halal dalam setiap pemakanan dan minuman yang di hidangkan kepada para pengunjung sesebuah kedai makan atau restoran.

Gambar diatas mungkin tidak menampakkan ianya tidak halal kerana nampak biasa sahaja, namun apa yang terkandung didalam makanan tersebut semasa dimasak ialah 'wine' sejenis minuman keras atau arak yang sudah pastilah ianya adalah tidak halal.

Dan mengikut apa yang dinyatakan oleh pemilik restoran makanan ini di laman facebook pula ialah makanan halal adalah makanan yang tidak mengandungi unsur unsur dari Khinzir atau babi.

Adakah babi sahaja yang dilabelkan haram oleh pemilik restoran ini? Beberapa pengunjung laman facebook telah membuat teguran tetapi dimana majlis agama islam Pulau Pinang? Adakah premis ini diberi status halal oleh mereka dengan tidak memberi maklumat sebenar tentang apa yang boleh mengharamkan sesuatu pemakanan atau minuman sebelum mereka memberi sijil tersebut kepada sesebuah premis?

Sila buka link dibawah untuk tatapan lanjut

http://bit.ly/XecAeK

Inilah akibat sekiranya PAS bergabung dengan DAP yang sentiasa mahu menghalalkan segala perkara dari pemakanan hinggalah ke matlamat iaitu 'matlamat menghalalkan cara'.

PAS tidak mampu dan akan sentiasa terlepas pandang dan kalau terpandang sekali pun ianya akan dipandang sebelah mata kerana takut apa yang terjadi terhadap Dr Hasan Ali kembali berulang.

Inikah kepimpinan yang perlu kita nobatkan sebagai 'ululAmri jika ketakutan kehilangan jawatan melebihi ketakutan terhadap Tuhan?



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan