Jumaat, 8 Mac 2013

LAGI SEKALI DAP NAK FITNAH UMNO

Dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang dikatakan milik pemuda UMNO Lumut dengan seorang wanita cina, DAP sekali lagi memulakan fitnah.

Ini semua gara gara mereka yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti UMNO dan seterusnya Menteri Besar yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Lumut.

Pemandu berkenaan telah dikatakan melarikan diri setelah kemalangan berlaku dan ternyata dalam gambar diatas, kenderaan tersebut masih berada di tempat kejadian dan mayat wanita berkenaan sudah ditutup dengan plastik hitam menandakan pihak polis sudah sampai ke tempat kejadian.

Bagaimana kenderaan boleh berada disitu jika kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai kes langgar lari?

Anak mangsa juga mengatakan demikian dan berkata bahawa beliau akan menuntut keadilan untuk mangsa.

Tapi yang Sangkakala sangsi sedikit tentang perkara tersebut ialah, kenapa anak beliau mengadakan sidang akhbar di pejabat DAP yang juga merupakan pusat khidmat DUN?

Adakah DAP sengaja memanggil wartawan dan mengadakan sidang media untuk menunjukkan ianya salah UMNO.

Kemalangan boleh berlaku dimana mana dan Sangkakala dapat tahu setelah dimaklumkan bahawa mangsa juga tidak memakai topi keledar dan itu membuatkan beliau cedera parah di kepala.

Anak mangsa boleh menunggu hingga habis siasatan pihak berkuasa untuk menentukan siapa yang bersalah atau tidak, tapi dengan mengeluarkan kenyataan bahawa ianya kes langgar dan lari adalah satu tuduhan jahat yang dibuat oleh pihak pembangkang (DAP) dan tidak mustahil anak kepada mangsa dan mangsa sendiri adalah ahli DAP dikwasan berkenaan.

Menteri Besar juga dituntut untuk memohon maaf kepada keluarga mangsa juga dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar sebenarnya, ini kerana yang terbabit dalam kemalangan tersebut bukanlah Menteri Besar tetapi orang lain.

DAP tidak pernah menuntut supaya ADUN Sekinchan yang juga pernah terbabit dalam pelanggaran di kawasan tersebut memohon maaf kepada keluarga mangsa, kenapa begitu? Kerana yang menjadi mangsa adalah pemuda Melayu? Dan yang menjadi mangsa dalam kes ini pula adalah cina?

DAP dilihat terlalu bersifat perkauman dan ianya terbukti disini apabila mereka mengheret anak lelaki mangsa tersebut untuk memberikan kenyataan akhbar dengan niat untuk memburuk burukkan UMNO.

Inilah yang selalu dilakukan oleh DAP selama ini, sikap berat sebelah selalu ditampilkan dan sudah jelas kelihatan dari dulu DAP hanya akan mempertahankan kaum Cina sedangkan kaum lain sekiranya menjadi mangsa tidak akan diambil peduli.

pssstt..agak agak la kalau nak buat statement tu..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan