Isnin, 4 Mac 2013

KENYATAAN AKHBAR YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA

Al-Fatihah.
Mantan KPN, Mantan Timbalan KPN, Mantan Pengarah-Pengarah PDRM Yayasan Pengaman Malaysia bersama seluruh warga PDRM yang sedang berkhidmat dan telah bersara turut sama bersedih di atas terkorbannya dan tercedera beberapa anggota VAT 69 dan Cawangan Khas dalam gerakan terhadap pencerobohan bersenjata di Lahad Datu Sabah.

Ini adalah tindakan aggression dan waging war terhadap negara. Insyaallah kami mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Bersenjata Malaysia.

Bahawa kami yakin PDRM dan angkatan tentera mempunyai keupayaan kepakaran strategi, taktik dan teknik untuk menghadapi cabaran ini. Track record kedua-dua pasukan ini jelas melalui darurat 1948-1960 dan lain-lain peristiwa yang mengancam ketenteraman negara.

Terkorban dan cedera dalam mempertahankan kedaulatan negara adalah occupational hazards yang terpaksa dihadapai PDRM dan angkatan tentera.

Pegawai dan anggotanya jelas risiko yang terpaksa mereka terima dan akur kepadanya. Kami berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerajaan dan rakyat yang telah menzahirkan dan memberi sokongan moral dan material doa restu kepada pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dan cedera.

Ini semua mempunyai erti yang sangat besar kepada keluarga, sanak saudara dan moral anggota yang berkhidmat lebih-lebih lagi yang sedang menjalankan gerakan di Lahad Datu. Hidup mati adalah ketentuan Allah SWT. Yang mati tidak akan kembali.

Lagi nyawa tidak boleh digantikan dengan wang ringgit dan segala perhiasan dunia. Sungguhpun begitu kami dan seluruh warga PDRM yang telah bersara dan yang masih berkhimat sangat terkilan dan merasa kesal di atas ulasan yang telah dibuat oleh beberapa manusia yang kami sifatkan tidak berhati perut langsung tiada perasaan belas kasihan manusia.

Menghina dan memperlekehkan pengorbanan pegawai dan anggota yang terkorban dan cedera.

Penghinaaan pertama:

Kematian dianggap sebagai satu sandiwara. Alangkah rendah hemah manusia ini.

Ia sanggup mempermainkan kematian sebagai satu sandiwara. Kematian bukan satu permainan manusia. Setiap yang hidup pasti mati. Ketentuan Allah SWT. Sungguh kami rasa terhina lebih-lebih lagi balu, anak-anak dan saudara mara pegawai dan anggota yang terkorban. Sampai hati manusia ini berkata sedemikian.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan