Isnin, 18 Mac 2013

KEHANCURAN PKR DI BAGAN SERAI SEBAB ANWAR IBRAHIM @ZambryAbdKadir @azwanbri @tunfaisal @hairul_own @Muaamarghadafi


Sangkakala dapat gambar ni daripada laman facebook seorang rakan, dan yang sebenarnya Sangkakala juga berada dalam program ceramah yang diadakan pada malam tersbut.

Setelah Anwar Ibrahim mengumukan calon parlimen pada malam itu memang Sangkakala ada dengar rungutan dari beberapa ahli PAS yang berada di hadapan pentas pada ketika itu.

Mereka seolah olah amat kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku kerana 2 hari sebelum pengumuman tersebut, PAS telah menetapkan bahawa meraka akan meletakkan calon ahli parlimen dari pakatan pembangkang diwakili oleh ahli PAS kawasan tersebut.

Walaupun ketetapan itu sudah dibuat memandangkan majoriti ahli pembangkang Bagan Serai terdiri dari ahli PAS, namun ianya seperti tidak diendahkan oleh Anwar yang terus meletakkan calon PKR di Bagan Serai.

Apakah Anwar tidak langsung bertanya kepada ahli dibawah tentang siapa yang mereka mahu mewakili mereka dalam pilihanraya akan datang?

Dalam ucapan yang dibuat oleh Anwar semasa berucap dihadapan penyokong mereka, beliau ada mengatakan bahawa keutamaan akan diberi kepada rakyat apabila mereka memerintah, namun adakah itu akan terjadi?

Sedangkan kehendak ahli mereka sendiri Anwar abaikan, inikan pula kehendak rakyat, mampukah Anwar meletakkan orang lain selain dari profesor pencen ini untuk menggantikannya.

Anwar kini sudah pandai menggunakan kuasa VITO beliau untuk menetukan sesuatu, dan perlu diingat sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri, adakah suara rakyat dibwah akan didengari?

Itu semua adalah tanda bahawa Anwar bukanlah calon yang sesuai untuk diangkat menjadi pemimpin dalam sebuah negarayang sedang menuju kearah negara maju seperti Malaysia.

Jika beliau terus menggunakan kuasa VITO yang ada jika menjadi Perdana Menteri, apa pula nasib rakyat bawahan jika suara mereka langsung tidak didengari apatah lagi untuk menyuarakan pendapat sudah pasti tidak akan diberikan lagi.