Isnin, 11 Mac 2013

DARI AWAL DAH DIDUGA SEMUA ADA AGENDA POLITIK

Telah pun diduga dari awal mereka ini semuanya mempunyai agenda politik tersendiri dan selama ini cuba mencari nama dengan mengatakan mereka memperjuangkan itu dan ini untuk mengumpul pengikut.

Wong Tack, lelaki yang mengetuai kumpulan himpunan hijau kini berkata bahawa beliau sedia bertanding di kawasan Bentong untuk melawan calon Barisan Nasional yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dulu Wong Tack pernah mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai agenda politik tetapi hanya seorang aktivis yang menentang pembinaan kilang Lynas.

Tapi kini Wong Tack menawarkan diri pula, mungkin juga kerana merasakan diri sudah agak popular dan sudah mula mempunyai pengikut sendiri.

Yang malang sekarang ini ialah para pengikut beliau yang berjuang untuk menentang Lynas, tapi rupanya dipergunakan untuk kepentingan politik beliau.

Wong Tack juga pernah mengetuai himpunan Jalan dan Bantah yang mana ianya juga pernah menjadi kontroversi setelah seorang nenek tua bertindak seolah olah mahu menyerang Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengeluarkan kenyataan bahawa program berjalan kaki tersebut adalah sesuatu yang mustahil dilakukan oleh pengikut himpunan Hijau.

Jika diperhatikan, himpunan hijau sebenarnya adalah untuk mencari publisiti murahan dengan mengatakan mereka ini adalah aktivis alam sekitar yang peka dengan keadaan sekeliling.

Namun apa matlamat dan tujuan disebalik semua itu telah dapat dilihat dengan jelas kini, ianya adalah agenda politik pembangkang semata mata.

Seharusnya peserta himpunan hijau serta penganjurnya boleh berfikir semula apabila satu kajian nuklear telah dijalankan oleh badan kajian nuklear antarabangsa yang memberi laporan bahawa kilang Lynas selamat daripada radiasi dan ianya dibawah tahap yang dibenarkan oleh badan berkenaan.

Kita lihat, bagaimana pembangkang mempergunakan rakyat demi kepentingan mereka semata mata, dan ianya adalah untuk kepentingan politik.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan