Sabtu, 23 Mac 2013

DAH HILANG HUDUD DALAM MENIFESTO PAS

Kalau dulu setiap kali PrU, hukum Hudud akan menjadi agenda utama dalam menifesto PAS.

Tetapi kini Hudud telah hilang, mewujudkan negara Islam juga sudah hilang.

Mana pegi semua tu? Cer jawab sikit wahai kepimpinan PAS.

Mungkinkah takut pada God Father yang duduk atas kerusi roda tu melenting lagi sampai terpacak rambut putih beliau.

Apa pun sekarang ni PAS hilang taring kerana telah dicabut oleh DAP yang dilihat lebih mendominasi situasi dalam pakatan pembangkang.

Apa yang dapat kita lihat hanyalah sebuah parti yang menggelarkan diri mereka sebagai parti islam ketakutan dengan sebuah parti bukan Islam.

Itu ke cara nak tegakkan negara Islam?

Satu lagi Sangkakala nak dedahkan kenapa DAP anti dengan Barisan Nasional terutamanya UMNO.

DAP memusuhi UMNO kerana UMNO berjaya mengangkat taraf negara Malaysia sebagai negara islam dan Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam oleh pertubuhan negara negara Islam sedunia.

Dan kerana itulah sehingga hari ini, DAP memusuhi UMNO.

Tidak menjadi mustahil sekiranya pakatan pembangkang memerintah, maka perlembagaan negara juga akan ditukar.

Perkara pertama yang akan ditukar oleh pakatan pembangkang ialah agama persekutuan dan sistem Raja berperlembagaan.

Kerana apa Sangkakala katakan begitu?

Kerana agama persekutuan kita adalah agama Islam dan ini paling dibenci oleh DAP, satu lagi ialah sistem Raja berperlembagaan pula ialah, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah ketua kepada agama Islam.

Sebab itulah mereka (DAP) jika dapat memerintah negara tidak kira sama ada PAS suka atau tidak ianya tetap akan dilaksanakan.

berbalik kepada gambar di atas, jelas semua menifesto PAS sama dengan PKR dan DAP, kalau dulu mereka (PAS) mengatakan menifesto mereka juga mengikut Al-Quran dan sunnah, tapi kini semua tu dah hilang.

Taubat lah wahai pengikut PAS, parti yang kamu sokong kini sudah lari dari tajuk perjuangan sebenar.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan