Khamis, 7 Mac 2013

DAH BERSARA BUAT CARA BERSARA

Sangkakala terbaca tentang kenyataan bekas Panglima Tentera Darat DiRaja Malaysia Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang mendakwa pencerobohan di Lahad Datu sepatutnya boleh ditangani dalam masa lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari.

Beliau perlu tahu dan sedar bahawa setiap Pemerintah tentera ada cara dan strategi mereka sendiri dalam menangani sesuatu isu atau konflik tambahan pula ianya melibatkan dua buah negara.

Memang mudah untuk menyelesaikan satu konflik yang hanya melibatkan warga kita sendiri, tetapi perlu di ingat situasi sekarang di Lahad Datu berbeza kerana penceroboh ini datangnya dari negara jiran dan perlukan penelitian dan perancangan rapi demi menjaga hubungan baik antara dua buah negara.

Bekas Panglima ATM ini telah menyertai PKR dan Sangkakala rasa mungkin beliau cuba nak tunjuk pandai dalam menjalankan tugas.

Cuma satu kekecewaan dihati Sangkakala apabila beliau bertindak menyokong parti yang mana kepimpinannya telah menidakkan pengorbanan anggota keselamatan, bukankah beliau juga dulu menyarung pakaian seragam dan berjuang untuk negara?

Bekas panglima angkatan tentera ini juga dilihat seperti tiada sifat patriotisma dalam diri beliau walaupun pernah memegang jawatan sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera.

Sepatutnya dikala ini beliau menyuntik semangat anggota anggota yang berjuang di perbatasan demi mempertahankan kedaulatan negara.

Namun kini beliau pula yang menyokong kepimpinan parti tersebut dan tidak kita pastikan apa motif sebenar beliau berbuat begitu, mungkin juga beliau mengharapkan sesuatu agaknya.

Tapi kesilapan yang dilakukan oleh beiau dengan tindakan tersebut apa bila rata rata anggota keselamatan sudah mula membenci kepimpinan pakatan pembangkang kerana keceluparan mulut mereka sepertimana yang dilakukan oleh Tian Chua baru baru ini yang didakwa mengatakan bahawa kematian anggota keselamatan ibarat mati katak.

Ini adalah satu tindakan dan kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh beliau demi menjaga hati serta menghormati keluarga para perajurit yang terkorban.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan