Rabu, 13 Mac 2013

AKHIRNYA WONG TACK KANTOI DENGAN AGENDA POLITIK SENDIRI

Pengerusi Himpunan Hijau digesa untuk melepaskan jawatan beliau sebagai pengerusi himpunan tersebut.

Ini ekoran daripada kenyataan beliau yang bersedia untuk menjadi calon pilihanraya dan telah disahkan sebagai calon oleh DAP.

Nampaknya mudus operandi Pengerusi Himpunan tersebut telah dapat dikesan oleh para pengikut beliau sendiri, dan ini lah yang sebenarnya berlaku.

Pembangkang akan menggunakan pelbagai medium termasuk menggunakan masyarakat serta rakyat dalam usaha untuk memenangi pilihanraya dan Wong Tack telah membuktikannya.

Jika sebelum ini beliau pernah mengatakan bahawa akan membakar kilang tersebut sekiranya ia tidak ditutup selepas PRU nanti, kini Wong Tack mengatakan perkara sebaliknya dan ini telah menjadikan pengikut Himpunan Hijau rasa tertipu dengan Wong Tack.

Wong Tack sebelum ini yang sememangnya ahli DAP adalah ajen kepada parti tersebut dalam usaha mencari publisiti dan menghasut rakyat untuk marah kepada kerajaan berhubung isu Lynas.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah, kilang tersebut didapatai selamat oleh badan pemantauan dunia dan ini yang dikatakan oleh Wong Tack bahawa kilang Lynas akan diteruskan sekiranya ia didapati selamat.

Ahli himpunan hijau juga mahu beliau meletakkan jawatan ekoran tidak mahu Himpunan tersebut barkait dengan politik dan menurut Clement Chin, salah seorang ahli jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Wong Tack dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang berbelit belit dan tidak terarah kepada satu perkara.

Untuk makluman semua, memang itulah yang sering dilakukan oleg Pakatan Pembangkang kerana mereka ini tidak ikhlas dalam memperjuangkan sesuatu dan apa yang mereka lakukan sebenarnya mempunyai matlamat tertentu dan tidak lepas dengan politik.

Kilang Lynas yang menjadi berita hangat satu masa dulu dan Kumpulan Himpunan Hijau yang melakukan bantahan dengan pelbagai cara sebenarnya adalaha selamat dari radiasi, dan cerita pencemaran radiasi tersebut hanya direka oleh Pakatan Pembangkang untuk membangkitkan kemarahan rakyat.

Kerajaan meluluskan pembinaan kilang Lynas setelah mengambil kira semua aspek keselamatan serta mengambil kira tahan kesihatan rakyat disekitar kawasan tersebut.

Pembinaan kilang ini juga mampu untuk menjana pendapatan rakyat dimana banyak peluang pekerjaan wujud setelah kilang ini beroperasi dan ini semua adalah peluang untuk rakyat memperolehi mata pencarian khususnya anak anak muda di sekitar kawasan kilang yang tidak perlu pergi jauh untuk mencari peluang pekerjaan.

DAP kini meletakkan Wong Tack sebagai calon dan kini belang Wong Tack yang sebenarnya telah kita lihat begitu juga dengan DAP.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan