Selasa, 19 Februari 2013

VIDEO: KENALI SIAPA NIZAR JAMALUDDIN

Mungkin ramai yang melihat bahawa bekas Menteri Besar Perak ini seorang yang baik perwatakannya, dengan sifat yang agak lembut dan peribadi yang mulia, namun apa yang sebenarnya berada disebalik semua itu jelas dapat kita lihat didalm video dibawah.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

Anda sudah lihat bukan? itulah yang sebenarnya perwatakan Nizar, lebih kepada kepentingan bukan Islam namun apabila untuk kepentingan Islam, beliau sendiri menolaknya mungkin kerana takut dengan kehendak DAP yang selama ini dilihat memonopoli segala tindak tanduk PAS terutamanya beliau sendiri.

Adakah pemimpin sebegini atau parti ini yang perlu kita angkat sebagai parti yang memerintah?

Dan persoalan lain, kenapa Nizar yang diangkat sebagai Menteri Besar Perak semasa pakatan memenangi majoriti kerusi DUN dahulu?

Mungkinkah ada perancangan dari DAP yang diketuai oleh Ngeh Koo Ham yang mana telah terbongkar satu cerita dimana beliau memiliki aset berupa tanah yang diperolehi dari kerajaan Kelantan hanya semata mata sebagai tukaran untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar.

Rakyat Perak kali ini perlu melihat disegenap sudut dalam menentukan apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS ini sepanjang beliau menjadi Menteri Besar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan