Rabu, 27 Februari 2013

PI BALA DIUPAH PAKATAN

Sangkakala tak pernah lagi usik cerita PI Bala yang diakatakan membuat akuan bersumpah (SD) yang mengatakan bahawa Perdana Menteri terlibat dalam kes Altantuya.

Cuma kali ni Sangkakala tertarik sedikit dengan kembalinya penyiasat persendirian ini dari India setelah sekian lama dikatakan menyorok ke sana.

Apa yang menariknya ialah, PI Bala kembali ke Malaysia kononnya untuk berganding bahu bersama sama Deepak Jaikishan sipenjual karpet dalam usaha menjatuhkan kepimpinan Barisan nasional dari menjadi kerajaan.

Tapi bukan itu yang Sangkakala nak perkatakan disini.

Apa yang menjadi kemusykilan Sangkakala ialah, siapa yang menyara kehidupan Bala sepanjang berada di negara tersebut?

Dan kenapa apabila pulang, beliau disambut oleh peguam peguam dari pakatan pembangkang dan ini dilihat seolah olah Bala disara oleh pakatan pembangkang untuk memfitnah perdana menteri.

Bala pernah mengeluarkan akuan sumpah kedua namun beliau mengatakan bahawa akaun sumpah yang pertama adalah yang sebenar dan yang lebih seronok lagi ialah apabila beliau bersumpah di lapangan terbang menggunakan kitab hindu.

Apa yang pasti ialah, cerita Bala ini sengaja diada adakan untuk menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri dan untuk menjatuhkan juga kerajaan Barisan Nasional untuk kepentingan Pakatan pembangkang.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan