Selasa, 12 Februari 2013

PEMIMPIN PAS BERBAI'AH KERANA TAMAKKAN KUASA

Tindakan pemimpin dan ahli Pas melakukan baiah sehingga sanggup menceraikan isteri dengan talak tiga jika meninggalkan parti itu tidak sewajarnya dilakukan.

Politik ialah perbuatan manusia yang ada tidak betulnya. Jika sudah tidak betul, kena keluarlah dan jika betul boleh teruskan.

Kita tidak seharusnya taksub mengikut tuntutan hawa nafsu, individu dan politik sampai mahu menceraikan isteri sehingga anak-anak menjadi mangsa.

Baru baru ini satu pendedahan dilakukan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mengenai baiah dalam kalangan pemimpin dan ahli Pas dan Sangkakala juga pernah diberitahu oleh seorang ADUN PAS tentang perkara tersebut.

Mukhriz berkata, baiah tersebut turut menjadi kekangan dalam kalangan pemimpin bawahan Pas untuk menyertai UMNO meskipun mereka berminat berbuat demikian.

Sepatutnya umat Islam boleh berfikir dengan matang kerana jika baiah itu dipenuhi syaratnya, mereka sudah tidak boleh menarik balik.

Berbaiah menceraikan isteri jika keluar parti boleh terjatuh dengan sendirinya iaitu cerai taklik apabila syarat yang dikatakan itu dipenuhi seperti mengatakan tercerai isterinya dengan talak tiga jika keluar parti.

Namun sekiranya mereka berbaiah akan menceraikan isteri dengan talak tiga jika keluar parti, itu tidak akan jatuh dengan sendiri kerana perlu dilafazkan semula talak oleh suami.

Baiah hingga menceraikan isteri dilihat sebagai satu tindakan yang boleh memudaratkan dan tidak terpakai.

Jadi apakah matlamat sebenar pemimpin PAS hingga sanggup mengadaikan maruah sebegitu?

Sama samalah kita fikirkan sama ada mereka ini layak atau tidak menjadi pemimpin.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan