Jumaat, 22 Februari 2013

PAS TIDAK MENGIKUT KEHENDAK AKAR UMBI


Walaupun 11 kawasan DUN dalam negeri Kedah mendesak supaya Ustaz Azizan mengundurkan diri dan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar di negeri tersebut namun PAS pusat tetap mahu meletakkan beliau sebagai calon dalam pilihanraya akan datang dan mengikut kata presiden PAS masalah kesihatan Azizan tidak mejadikan halangan untuk beliau menjadi ADUN.

Yang menjadi masalahnya ialah akar umbi sudah tidak menerima kehadiran Azizan didalam kepimpinan di negeri itu.

Azizan dikatakan gagal menyelesaikan masalah masalah yang berlaku sepanjang beliau menjadi Mnteri Besar dan ini telah membangkitkan kemarahan ahli ahli parti tersebut dan seterusnya melakukan desakan supaya beliau berundur.

Dengan kenyataan Hadi Awang yang mengatakan bahawa Azizan masih lagi disenaraikan sebagai calon pada pilihanraya nanti, jelas menunjukkan bahawa PAS tidak akan mendengar pendapat dari akar umbi yang mana majoritinya sudah menolak kehadiran Azizan.

Jadi PAS juga boleh dilabel sebagai parti diktator yang hanya dimonopoli oleh kepimpinan dan apa juga pandangan serta cadangan dari akar umbi akan ditolak ketepi demi untuk memuaskan nafsu mereka untuk menjadi pemimpin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan