Isnin, 25 Februari 2013

PAKATAN BERJANJI LAGI KEPADA WANITA

Dalam menifesto pakatan pembangkang yang dibentangkan hari ini, jelas mereka cuba sekali lagi untuk menipu kaum wanita.

Jika dalam menifesto PRU 12 di Selangor, pembangkang mengatakan bahawa mereka akan memberikan bantuan sara hidup kepada ibu ibu tunggal di negeri itu yang melihatkan akhirnya mereka disaman oleh persatuan ibu ibu tunggal dan dengan tidak semena mena, pembangkang mengatakan bahawa menifesto bukanlah satu janji.

Jadi kali ini pembangkang memberikan menifesto yang dilihat bukanlah sebuahg janji dan ianya tidak dimestikan untuk dilaksana atau dengan lebih tepat lagi dengan menggunakan budi bicara.

Jadi apa makna menifesto mereka ini?
Kalau ianya bukan sebuah janji, apakah erti menifesto pakatan pembangkang ini?

Kali ini pakatan pembangkang menggunakan kaedah caruman pula kepada suri rumah, ini adalah menifesto yang tidak semestinya di tunaikan kerana ianya bukanlah janji.

Jadi mari kita lihat, apa akan jadi sekiranya pembangkang menguasai kerajaan di Malaysia ini, sudah pastilah kejadian saman menyaman diantar rakyat dengan kerajaan yang pada akhirnya nanti akan melihat kepada kejatuhan ekonomi akibat dari ketidak masukkan para pelabur yang melihat bahawa negara ini tidak lagi selamat.

Kepada semua pembaca, Sangkakala harap janganlah kita gadaikan apa yang kita miliki hari ini dan apa yang kita perolehi pada masa ini.

Pelbagai insentif dan bantuan telah dihulurkan oleh kerajaan dalam memastikan kesejateraan serta kemakmuran rakyat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan