Kes melibatkan Anwar Ibrahim yang dikatakan meliwat bekas pembantu peribadinya akan disebut semula Julai nanti.
Adakah Anwar akan ke penjara sekiranya terdapat bukti sahih yang menyokong keadilan yang cuba diperolehi oleh Saiful Bukhari Azian yang mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 yang lalu?
Anwar telah dibebaskan oleh mahkamah pada 9 Jun 2012 yang mana tidak terdapat bukti lain yang menyokong walaupun penghakiman bertulis Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah setebal 80 muka surat mendedahkan dalam kes itu, 'ada berlaku penetrasi'.
Anwar dilihat bernasib baik kerana itu dan pada kali ini mungkin sudah terdapat bukti lain yang membolehkan mahkamah membuka semula fail kes yang mana dalam penghakiman tersebut mahkamah tidak boleh yakin sepenuhnya terhadap integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana ia mungkin boleh terjejas sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Ini sudah pasti akan membuatkan Anwar menjadi lebih gusar apatah lagi dengan keadaan sekarang yang sudah begitu hampir dengan Pilihanraya.
Walau apa pun, Anwar perlu bertanggungjawab sekiranya beliau pernah melakukan perkara terkutuk tersebut dan diharap kepada para penyokong Anwar akan lebih profesional dalam menerima kenyataan sekiranya pada kali ini beliau didapati bersalah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan