Sabtu, 9 Februari 2013

Mazlan Aliman tersilap langkah apabila mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di dalam laman facebook milik beliau yang mengatakan bahawa Felda menjalankan urusniaga minyak dengan Israel hingga membuatkan Felda memfailkan saman keatas beliau serta 5 lagi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang disaman oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), memfailkan pernyataan pembelaan sehingga 22 Februari.

Penolong Kanan Pendaftar Catherine Nicholas turut memerintahkan lima defendan lagi iaitu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, memfailkan pembelaan mereka.

Inilah akibat jika terlalu taksub dengan ingin memiliki kuasa serta jawatan, hingga sanggup memfitnah demi cita cita tersebut.

Mazlan yang juga Pengerusi ANAK seringkali menyifatkan Felda dengan pelbagai tanggapan buruk serta negatif walaupun Felda telah melakukan semua kebaikan demi untuk membantu para peneroka.

Jadi sekarang kita tunggu keputusan mahkamah tentang kes saman terhadap beliau.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan