Rabu, 13 Februari 2013

MAHASISWA PATUT BELAJAR BUKAN BERPOLITIK

Nak kata tak sekolah, mereka ni dah diberikan pendidikan yang tinggi setelah berjaya menjejakkan kaki ke Institut Pengajian Tinggi, tapi akal rendah kalah orang tak mengaji.

Mahasiswa hari ini sepatutnya belajar bersungguh sungguh demi untuk memajukan diri serta negara, bukannya pergi berpolitik dan melakukan perkara perkara bodoh seperti menghantar risalah dan sebagainya.

Mereka perlu ingat bahawa ibu bapa menghantar mereka ke pusat pusat pengajuian tinggi dengan penuh harapan agar anak mereka nanti akan menjadi pembela kepada keluarga dan menjadi penerus atau pewaris kepada kepimpinan yang akan datang.

Hari ini sudah ada mahasiswa yang berminat untuk menceburkan diri dalam arena politik tanah air dan ianya adalah sesuatu yang amat baik, tetapi apa yang menjadikan ia sebaliknya ialah apabila mahasiswa ini berpolitik semasa mereka masih dalam pengajian.

Ini dilihat sebagai sesuatu yang agak kurang sihat (bagi pendapat Sangkakala) kerana mereka mereka ini tidak akan dapat menumpukan sepenuh masa untuk pelajaran, dan adakah ini begus untuk mereka?

Mungkin ada segelintir ibu bapa khususnya yang berada di sebelah pembangkang merelakan anak anak mereka melakukan apa sahaja demi kepentingan poilitik.

Perlu diingat oleh para mahasiswa, berpolitik tidak salah, tapi sara dan pendekatan berpolitik itu adalah salah.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan