Sabtu, 9 Februari 2013

LAGI BUKTI BN PRIHATIN TERHADAP RAKYAT

BN Pasir Gudang sedang berusaha menyelesaikan beberapa isu tertunggak di kawasan Parlimen itu termasuk pemberian hak milik tanah di 10 kampung setinggan.
    
Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman telah memberi jaminan soal hak milik tanah itu akan diputuskan kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Ini adalah bukti bahawa Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan rakyat, tidak seperti yang diperkatakan oleh pembangkang bahawa rakyat terbiar dan kebajikan mereka tidak dipedulikan.

Rakyat Johor yang terlibat harus bersyukur kerana kerajaan Barisan Nasional prihatin dengan permasaalahan mereka dan seharusnyalah kerajaan begini diberi mandat untuk terus menerajui pemerintahan di negeri tersebut.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan