Ahad, 17 Februari 2013

KHALID TAK LEPAS AKAD NIKAH 17 KALI

Ini ada satu cerita yang agak lucu sikit Sangkakala nak kisahkan, cerita ni diberitahu kepada Sangkakala oleh seorang sahabat.

Khalid Ibrahim dikatakan telah gagal untuk melafazkan akad nikah beliau sebanyak 16 kali dimana keadaan di rumah pengantin perempuan sudah menjadi gamat.

Ibu dan bapa mertua Khalid juga dikatakan sudah menjadi gusar, resah dan gelisah melihatkan menantu mereka yang sudah berpeluh peluh dihadapan kadhi.

Begitu juga para hadirin serta jemputan yang berada diluar sudah berpusu pusu masuk ke dalam rumah untuk melihat apakah permasaalahan yang di alami oleh Khalid hingga begitu lama untuk melafazkan akad nikah.

Apabila melihat lebih ramai para tetamu masuk ke dalam rumah, maka Khalid bertambah panik akibat menahan malu kerana sudah berkali kali mencuba.

Kisah ini sebenarnya bukanlah salah sesiapa atau ada kejadian berunsur sihir, tetapi ianya adalah disebabkan Khalid mengalami masalah GAGAP dari kecil dan kerana itu juga beliau tidak dapat melafazkan akad nikah dengan baik.

Setelah menyedari kelemahan Khalid maka kadhi mengambil keputusan bahawa lafaz kali ke 17 adalah sah kerana ianya adalah ketentuan Allah.

Namun kini Khalid dilihat seperti seorang yang tidak dapat menerima bahawa rakyat sudah mula menolak kepimpinan beliau dengan pelbagai permasaalahan.



psstt..cerita atas tu rekaan..yang perenggan bawah baru betul..muahahahaha






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan