Jumaat, 1 Februari 2013

KEHADIRAN AFDLIN TANDA BN NEUTRAL

Wahh..Afdlin Shauki pun pegi juga masa Anwar jumpa dan bagi sumbangan kepada pemimpin Hamas siang tadi?

Tapi walau apa pun UMNO dan Barisan Nasional sudah pasti tidak akan melucutkan jawatan atau keahlian Afdlin dalam parti macam yang terjadi kepada Ustaz Nasha.

Kehadiran Afdlin yang sebenarnya adalah menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam membebaskan negara tersebut dari cengkaman keganasan Israel.

Tapi Anwar dapat duit darimana sampai bagi USD 700 ribu tu? Jangan duit dari Israel sudah le sebab rakyat Palestin bermaruah dan janganlah maruah mereka itu digadai sepertimana terjadi di Alor Pongsu beberapa malam lepas.

Bawa 2 orang rakyat palestin untuk menceritakan kisah keperitan rakyat negara tersebut, namun akhirnya menjadi ceramah untuk kepentingan politik.

Jadi perkara begini janganlah terjadi lagi hendaknya, berilah sumbangan dengan penuh ikhlas seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan