Khamis, 21 Februari 2013

KARPAL BENGANG DENGAN WAN AZIZAH

Pengerusi DAP, Karpal Singh kali ini sudah pasti merasa marah yang teramat sangat terhadap Dr Wan Azizah kerana mengeluarkan kenyataan bahawa PKR Pusat menyokong dan akan terus mempercayai Chua Jui Meng sebagai pengerusi PKR Johor.


Ini berikutan dengan pertelingkahan diantara Pengerusi PKR dan DAP negeri itu yang berebutkan kerusi hingga membuatkan Karpal tampil menempelak Jui Meng seterusnya meminta parti itu menjalankan siasatan terhadap bekas Menteri kesihatan tersebut.

Jui Meng pula tampil dengan mengatakan bahawa beliau kecewa dengan kenyataan Karpal tersebut kerana Karpal dilihat seolah olah tidak yakin dengan keahlian MCA yang beliau telah tinggalkan hampir 4 tahun dahulu.

Namun Jui Meng boleh menarik nafas lega kini apabila Presiden PKR sendiri mengeluarkan kenyataan menyokong beliau dan seterusnya sudah pastilah akan membuatkan Karpal merasa kurang selesa.

Itulah pertelingkahan demi pertelingkahan yang berlaku didalam pakatan pembangkang dan perkara sebegini tidak akan pernah berakhir kerana semua pemimpin didalam Pakatan lebih tamakkan kuasa daripada membela nasib rakyat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan