Selasa, 26 Februari 2013

BERAT TUDUHAN NIK NAZMI TERHADAP BTN

Pengarah komunikasi PKR dalam forum anjuran Sinar Harian hari ini mengatakan bahawa kursus Biro Tata Negara menurutnya cuba menerapkan elemen kepartian dan menyemai rasa perkauman ke dalam pemikiran mahasiswa.

Beliau yang mengaku pernah menghadiri satu kursus BTN semasa di institusi pengajian tinggi mungkin tidak memahami secara mendalam kursus yang diberikan.

Setahu Sangkakala, BTN mengadakan kursus yang bersifat jati diri serta mengisafi diri, tidak mustahil semasa didalam kursus tersebut, Nik Nazmi menginsafi diri beliau dan ianya bersifat sementara.

Setelah digula gulakan dengan jawatan dan pangkat, akhirnya meletakkan beliau sebagai calon pilihanraya, maka Nik Nazmi tergamak untuk mengatakan begitu.

Inilah sifat sifat pemimpin pembangkang yang seolah olah kacang lupakan kulit, dengan mendapatkan ilmu di pusat pengajian tinggi yang dibina oleh kerajaan namun akhirnya cenderong menyokong pembangkang.

Ini juga Sangkakala anggap bukanlah sifat melayu sebenar, kerana sifat orang melayu itu lemah lembut dan mengenang budi.

Jika sikap ini yang disemai untuk genarasi akan datang, maka satu perubahan lanskap kehidupan orang Melayu akan terjadi, dimana budi dan jasa tidak lagi menjadi kenangan, dan ianya hanya bersifat tanggungjawab.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan