Ahad, 3 Februari 2013

BARU NAMPAK MUKA MUJAHID

Laaa..ada sahabat tweet gambar ni tadi, katanya Mujahid Yusof Rawa tadi pergi berjumpa dengan peniaga di pasar.

Agak malang juga apabila rakan Sangkakala tweet kata peniaga tu tanya siapa Mujahid.

Ishhh...pelik juga ni, takkan peniaga tak kenal dengan ahli parlimen Parit Buntar ni kot.

Tapi Sangkakala yakin yang peniaga tu bukan bergurau sebab Mujahid baru sekarang ni la nak nampak muka pun, kalau sebelum ni bayang pun tak nampak.

Sudah 4 tahun berlalu selepas menang di kerusi Parlimen Parit Buntar, baru sekarang Mujahid nak tunjuk muka.

Dengar kata Mujahid ni bukan penduduk tempatan di Parit Buntar, dan beliau hanya menjadi pewaris kepada kerusi yang pernah dimenangi oleh Allahyarham bapa beliau iaitu Yusof Rawa yang pernah menjawat jawatan sebagai presiden dan Mursyidul Am PAS satu masa dulu.

Tapi menurut apa yang Sangkakala dengar, tidak ada sedikit pun persamaan perjuangan antara Allahyarham Ayahanda beliau dengan beliau sekarang.

Dulu Allahyarham Yusof Rawa benar benar berjuang untuk agama Islam tapi anakanda beliau si Mujahid pula bersetuju dengan apa yang diakatakan oleh pemimpin Pembangkang tentang kebebasan beragama.

Nasiblah penduduk di Parit Buntar nak dapat ahli parlimen macam ni, apa nak buat benda dah lepas, tapi ianya masih boleh diperbetulkan dengan tidak memberikan undi kepada beliau dalam PRU13 nanti.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

  1. nak jadi blogger yang baik mesti bagi fakta bukan mengarut tak tentu ke mana.

    sebelum ko dok bawa cerita fitnah ni, ko semak balik siapa ahli parlimen Pas Kerian pertama.

    buat malu umno ko ni

    BalasPadam