Isnin, 21 Januari 2013

SAYANG SEKALI BLOGGER PROBN PERAK DIPANDANG SEPI

Semua orang tau bahawa pilihanraya umum akan diadakan tidak berapa lama lagi, semboyan perang PRU akan berkumandang pada bila bila masa dari sekarang.

Tapi agak mengecewakan bila kerajaan Perak hari ni seolah olah cukup selesa bahawa Barisan Nasional akan menang besar di negeri Maharajalela.

Mungkin Menteri Besar dan exco exco kerajaan rasa Pakatan Rakyat sudah hilang taring agaknya.

Walau apa pun peperangan tetap peperangan, memerlukan tentera yang cukup ampuh dari pelbagai kemahiran dan kepakaran.

Sangkakala nampak kerajaan Perak memang ada tentera yang cukup berkemahiran dalam semua aspek namun ada juga yang dipandang remeh dan seperti tidak diperlukan oleh kerajaan Barisan Nasional Perak untuk sama sama membantu dalam perang pilihanraya.

Tentera maya Perak (blogger), kehadiran mereka ini seperti tidak diperlukan walaupun Sangkakala nampak mereka mereka ini cukup banyak membantu Barisan Nasional dalam mempertahankan serangan demi serangan yang dilemparkan oleh puak pembangkang.

Mungkin juga kerana mereka ini adalah blogger nyamuk yang hanya berdengung di tepi telinga namun tidak mendatangkan apa apa masalah.

Sangkakala ingat lagi semasa konvension media sosial 1Malaysia di PWTC Kuala Lumpur dimana YAB Perdana Menteri sendiri mengatakan bahawa penggiat media ini adalah pertahanan barisan hadapan yang sama pentingnya dengan jentera jentera pilihanraya yang lain.

Jelas juga terbukti dalam PRK sepanjang tempoh 2008 hingga 2012 bahawa keterlibatan penggiat media amat memberangsangkan dan menjadi salah satu medium untuk menyerang musuh pilihanraya.

Tapi berlainan pula di Perak, rata rata rakan blogger Sangkakala tidak dipedulikan oleh Barisan Nasional negeri.

Ini satu perkara yang agak pelik juga, mungkinkah Barisan Nasional Perak tidak perlukan penggiat penggiat media ini untuk bersama sama dalam pilihanraya hinggakan blogger blogger ini dipandang sepi oleh Badan Perhubungan Barisan Nasional negeri?

Barisan Nasional negeri Perak dilihat lebih kepada mengambil blogger blogger luar dari blogger blogger yang terdiri dari anak jati Perak itu sendiri.

Tapi satu perkara yang membanggakan Sangkakala terhadap rakan rakan blogger Perak ni, walaupun dipandang sebelah mata oleh BN negeri namun mereka tetap berjuang di alam Cyber demi memastikan kemenangan berpihak kepada kerajaan BN.

Tapi ibarat kata orang lama, 'setakat mana seluang ketengah akhirnya akan ketepi juga', maksud kata kata ini cukup dalam dan ianya sesuai untuk rakan rakan blogger dan penggiat media di Perak.

Harap harap Menteri Besar Perak janganlah hanya berpihak dan bergantung harap kepada blogger luar sahaja, kerana yang didalam lebih tau dari arah mana serangan datang.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

5 ulasan:

  1. Byk lagi bro, pejuang2 kecil yg brusaha keras siang malam di Selangor,apakah nasib mereka ini akan terbela setelah mencapai kemenangan nanti? Sama2 renungkan... Saat kekalahan, pejuang2 ini d lempar dgn brbagai kata nista, tetapi apabila d kemuncak, masing2 sepi...
    PemudaTG

    BalasPadam
  2. Lu tanya sama itu sekupangduas anak Pak ya, dia tu kawan baik SUA Zambry, sekupangduas dibayar duit setiap bulan oleh Nizam Isa. Sekupangduas atau Pian ni ada beberapa blogger dia,salah satunya adalah budin. Mereka ni tidaklah segah mana pun. Tetapi setiap usaha blogger Perak mahu disatukan acapkali dihalang oleh Pian. Kenapa lu tak berkerjasama dengan Taipingmali? Kenapa asyik nak membontoti Pian kuat kelepet duit? Ada akal tuhan bagi bro, jangan ditipu oleh Pian. Apa salah MB? Dia tak tahu pun? Blogger rmf7 pun ada, dari dulu dia berjuang. At least lu ada bahagian dalam UMNO. Mereka ni lagi kasihan kerana tiada siapa pun pandang mereka. Bias artikel lu bro. Tak adil. Lu melalak untuk tembpolok lu saja. Sama macam Pian, dia dah dapat duit, dia diam, bila lapar dia akan bising. Lu orang semua penting diri. Tak ingat kawan-kawan lain. Lu pun hidup dah senang kan bro? Ini lu nak jaja nama blogger dapat peruntukan nanti lu lupa sama kawan2 lain. Tak mau berlako bro, makan duit haram kena laknat. Peace

    BalasPadam
  3. Bunyi seperti amaran sangkakala.

    BalasPadam
  4. Jangan langgar kapal kita sendiri bro..... Pilihanraya nak dekat dah.. Baru hari ni nak menyalak ke? Lu mana dapat cerita pian ni bro? Siapa upah lu kali ni? Cakap serupa anjing la....

    BalasPadam