Isnin, 28 Januari 2013

RAFIZI GUNA TAKTIK BASI UNTUK SALAHKAN UMNO

Kecoh dalam laman sosial berita yang mengatakan Rafizi memohon maaf kepada Datuk Seri Zahid Hamidi petang tadi.

Dan malam ini pula Rafizi menafikan bahawa beliau memohon maaf tersebut dan mendakwa bahawa akaun facebook beliau telah digodam.

Yang sebenarnya ini semua adalah propaganda pembangkang dalam menyalahkan UMNO kerana secara ringkasnya, akaun facebook milik beliau tidak mungkin digodam untuk tujuan tersebut.

Sekiranya akaun facebook beliau digodam, kenapa beliau tidak meninggalkan komen yang mengatakan status dalam facebook tersebut bukan ditaip dan dihantar oleh beliau tetapi beliau telah memadam status tersebut.

Cara basi ini sudah biasa dibuat oleh pembangkang dan ianya telah mula dibenci oleh masyarakat Malaysia.

Rakyat sudah boleh menilai dan mungkin ada anak anak kecil yang sudah pandai menggunakan laman sosial facebook akan ketawa mendengar kenyataan Rafizi tersebut.

Apa apa pun, Sangkakala harap Rafizi lain kali bersikap lebih matang dan lebih berstrategi dalam usaha untuk memfitnah UMNO dan janganlah lakukan perkara yang menjadikan rakyat Malaysia memecah keheningan malam dengan ketawa berdekah dekah kerana gelihati melihat gelagat si 'Jambu' sorang ni.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan