Jumaat, 25 Januari 2013

PERTELINGKAHAN PAS DENGAN ANWAR IBRAHIM

PAS hari ini mengatakan bahawa mereka tidak akan terikut ikut dengan kerenah Anwar Ibrahim dalam isu kalimah Allah dimana Anwar secara terang terangan menyokong penggunaan perkataan tersebut oleh orang bukan Islam.

Kenyataan ini dibuat oleh Dewan Ulama PAS yang diketuai oleh Datuk Harun Taib yang mana pernah dilihat menentang penggunaan perkataan tersebut setelah presiden serta mursyidul am PAS yang pada mulanya juga menyokong namun kemudian menukar pandangan mereka.

Ini pasti akan menjadi perbalahan nanti kerana ada juga sesetengah pemimpin PAS yang turut sama menyokong pendirian Anwar walaupun Dewan Ulama menegah.

Mungkin juga PAS terpaksa akur satu hari nanti berikutan kekurangan sokongan atau tidak mendapat tempat didalam Pakatan sepertimana sekarang dan ianya sudah biasa terjadi pada masa yang lepas lepas.

Apa yang kita dapat lihat disini ialah, Anwar selaku orang Melayu Islam juga tidak mengikut pendirian Ulama dan bagaimana seorang yang begini hendak diangkat menjadi pemimpin negara?

Pemimpin begini sememangnya langsung tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana sanggup menggadaikan kalimah Allah hanya kerana kuasa yang dijanjikan oleh DAP kepada beliau sekiranya Pakatan dapat menawan Putrajaya pada PRU13 nanti.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan