Rabu, 23 Januari 2013

PENGIKUT PAS DAH MARAH TAPI HADI MASIH SENYUM

Kita lihat sekarang ramai dikalangan ahli ahli PAS dah mula marah dengan kenyataan kenyataan kontroversi yang dibuat oleh DAP, bermula dengan Lim Guan Eng yang mahukan kalimah Allah digunapakai oleh orang bukan Silam hinggalah ke hari ini Karpal Singh pula minta ketetapan Majlis Syura PAS tentang kalimah tersebut dikaji semula.

Namun apa tindakan yang diambil oleh PAS ekoran kemarahan ahli serta pengikut pengikut mereka ini? Hadi masih mampu tersenyum lebar memikirkan jawatan yang bakal diperolehi sekiranya Pakatan memerintah.

Ayat yang keluar dari mulut Presiden serta Mursyidul Am PAS juga dilihat sebagai satu sandiwara semasa yang tidak ubah menutup bayang dengan bayang.

Ahli PAS masih lagi mengharap agar pemimpin mereka berani menyuarakan segala apa yang dilihat akan memecahbelahkan umat Islam di Malaysia, namun hingga kini PAS masih tidak mampu untuk berbuat demikian.

Mungkin kerana takut akan kehilangan kuasa dan kedudukan maka kepimpinan PAS hari ini mengambil jalan mendiamkan diri, bagi mereka mungkin menggadaikan agama kerana kuasa adalah sesuatu yang bukan luar biasa agaknya.

Ingatlah laknat dari Allah wahai pemimpin PAS, mengaku alim ulama sampai diangkat sebagai tuan guru dan ustaz, namun mengecewakan bila tentang mempertahankan cuma satu kalimah iaitu kalimah ALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan