Sabtu, 26 Januari 2013

PEMBANGKANG TERKEDU SPRM NAFI DAKWAAN

Pembangkang hari ini terkedu sekali lagi apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan dakwaan bahawa beberapa pemimpin Barisan Nasional termasuk seorang Ketua Menteri dan Menteri Besar gagal dalam ujian saringan.

Dengan penafian serta kenyataan bahawa proses saringan tersebut masih lagi berjalan sudah pasti membuatkan pembangkang menjadi gusar kerana fitnah mereka sebelum ini tidak menjadi.

Barisan Nasional mengambil keputusan untuk menghantar senarai calon untuk ditapis oleh Suruhanjaya berkenaan sebagai bukti bahawa Barisan Nasional telus dalam memilih calon pilihanraya.

Berbeza pula dengan parti pembangkang yang sehingga kini tidak menghantar senarai calon mereka untuk ditapis oleh SPRM.

Mungkin kerana beberapa faktor maka pembangkang tidak membelikan senarai calon mereka untuk tapisan berkenaan disamping ketakutan mereka bahawa kebanyakan calon yang bakal mereka ketengahkan akan gagal dalam proses itu nanti.

Agaknya ramai bakal calon pembangkang terlibat dengan rasuah maka dengan itu mereka agak gementar untuk menghantar nama.

Kita boleh lihat disini siapa yang lebih telus dalam memilih calon untuk berkhidmat kepada masyarakat sekitar kawasan yang diwakili.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan