Isnin, 14 Januari 2013

PEMBANGKANG MATI AKAL PM UCAP TERIMA KASIH

Ucapan terima kasih dari Perdana Menteri sudah cuku penunjukkan bahawa kerajaan hari ini tidak zalim seperti mana yang diperkatakan oleh pambangkang selama ini.

Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Pakatan Rakyat atas tindakan semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat yang menurutnya menunjukkan kejayaan politik BN dan reformasi kerajaan.

Rakyat hari ini dapat menilai, bahawa sekiranya pembangkang atau sesiapa sahaja mengikuti prosedur untuk melakukan sesuatu, kerajaan tiada halangan untuk itu dan ini adalah bukti bahawa kerajaan tidak pernah menidakkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Namun kegelisahan dapat dilihat apabila pembangkang hari ini tidak mampu untuk menempelak kerajaan yang diburuk burukkan oleh mereka selama ini.

Dalam erti kata lain, selain dari gagal mengumpulkan sasaran seramai 1 juta orang di stadium merdeka, pembangkang juga telah gagal dari sudut memfitnah kerajaan selama ini.








Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan