Selasa, 22 Januari 2013

PAS KELANTAN RISAU BILA PM BERJANJI

PAS Kelantan kini dilihat sudah seperti cacing kepanasan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan menjalankan 7 projek mega di Kelantan sekiranya Barisan Nasional memenangi kerusi DUN di negeri tersebut seterusnya menjadi kerajaan.

Ini mungkin juga disebabkan dengan setiap janji yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional tidak pernah dimungkiri malah ianya dilebihkan lagi dari pada apa yang dijanjikan.

Datu Husam Musa contohnya, mengatakan bahawa 7 projek tersebut tidak lebih kepada meniru PAS di negeri tersebut dan untuk makluman Husam, ianya bukan tiru tetapi melaksanakan apa yang tidak mampu dilaksanakan oleh PAS selama memerintah di Kelantan.

Perdana Menteri dalam lawatannya kelmarin mengumumkan tujuh projek besar, yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan jika mendapat mandat pada PRU13 akan datang.

Projek terbabit merangkumi pembinaan Lebih Raya Kuala Krai-KB, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.


Ini adalah projek projek yang tidak akan mampu dilakukan oleh kerajaan kelantan kerana selama mereka memerintah tidak pernah terlihat projek projek ini menjadi kenyataan, tapi hanya janji tinggal janji untuk rakyat Kelantan.

Sudah begitu lama PAS memrintah di Kelantan dengan tanpa apa apa pembangunan, pada pilihanraya kali ini Sangkakala rasa elok kalau diberi kepada Barisan Nasional untuk memacu kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat di negeri itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan