Khamis, 31 Januari 2013

PARIT BUNTAR BERGEGAR LAGI

Parit Buntar bakal bergegar lagi pada 2 februari nanti apabila Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambri Abdul Kadir akan turun bersama sama dengan rakyat Parit Buntar.

Kehadiran pemimpin negeri itu sudah pasti menjadi kegusaran kepada pembangkang yang sekarang memonopoli DUN Kuala Kurau dan Titi Serong serta Parlimen Parit Buntar.

Ini kerana kedua dua ADUN serta Ahli Parlimen pembangkang dikawasan itu sejak memenangi Pilihanraya Umum yang lalu tidak melakukan apa apa kemajuan di kawasan tersebut.

Mungkin pembangkang hanya meletakkan calon tangkap muat untuk mewakili mereka di kawasan tersebut dan membuatkan kebajikan rakyat di sekitar Parit Buntar terabai.

Mereka mereka ini dilihat lebih cenderong ke arah isu serta cerita kawasan lain sedangkan isu seperti rakyat miskin dan sebagainya tidak mendapat perhatian.

Dari pengamatan Sangkakala, semua kerja kebajikan ini sudah dan sedang dilaksanakan di Parit Buntar dan sudah jelas kelihatan beberapa rumah serta penduduk yang daif telah diberi bantuan oleh UMNO kawasan Parit Buntar bersama sama agensi agensi kerajaan dan Gerakan Belia 4B Malaysia yang telah mencapai jumlah sebanyak RM 5.9 juta sepanjang tahun 2012.

Ini disahkan oleh Pengerusi MP3 Tuan Haji Mohd Salleh Mat Disa yang juga merupakan pemangku Ketua UMNO Bahagian.

Dengan kehadiran Menteri Besar ini sedikit sebanyak akan memberikan penambahan bantuan kepada rakyat sekitar Parit Buntar dan ianya sudah pasti memberi keselesaan yang tinggi.

Tahniah kepada semua dan Sangkakala menyeru kepada rakyat Parit Buntar untuk sama sama hadir menyambut kehadiran Menteri Besar Perak.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

  1. boleh sembang la , bukti tak da. dah dekat nak pilihanraya baru nak buat program bantu sana sini.

    Tak sedar musuh dah lama buat kerja kebajikan .

    ni la masalah umno , baru ja buat program dah mula menghodoh orang lain.

    BalasPadam