Jumaat, 18 Januari 2013

NIK NAZMI KATA LAIN AMK KATA LAIN DUA DUA PEMBOHONG

Nik Nazmi mendakwa bahawa beliau dan rombongan ditahan semasa dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah malam semalam, tapi AMK johor pula kata Nik Nazmi ditendang oleh orang orang yang menghalang beliau.

Yang mana satu betul agaknya ni? Cakap Nik Nazmi atau cakap AMK Johor yang boleh pakai?

Lagi satu mereka mendakwa bahawa ini adalah kerja pemuda UMNO dikawasan tersebut tanpa membuat pemeriksaan lanjut terlebih dahulu.

Inilah budaya yang diterap oleh Pakatan kepada orang orang mereka, memfitnah adalah mainan dan santapan mereka sehari hari.

Tidak cukup dengan kepimpinan peringkat tertinggi, kini pemimpin pertengahan juga sudah mula menyerang UMNO dan Barisan Nasional dengan fitnah yang mereka reka cipta.

Semua ni dah basi la weii.. tak guna nak fitnah macam tu lagi.. rakyat negara ni dah meluat dengan apa yang korang asyik canangkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan