Isnin, 28 Januari 2013

NIK AZIZ SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA DEMI PADERI KRISTIAN

Kerana ingin menunjukkan sokongan terhadap kristianisasi, Nik Aziz sanggup untuk mebatalkan temujanji beliau dan berjumpa pula dengan Father Sebastian Michael Biskop Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu,

Bukankah temujanji tersebut telah diatur dan sebagai seorang pemimpin Islam, temujanji yang dilakukan perlulah ditunaikan terlebih dahulu kerana setahu Sangkakala, untuk membuat temujanji dengan seorang Menteri Besar tidak boleh dilakukan dengan hanya mengambil masa yang singkat.

Tapi Father Sebastian Michael dengan mudah dapat berjumpa dan bukan itu sahaja, perjumpaan tersebut dilanjutkan hingga temujanji Nik Aziz dibatalkan, hebat paderi paderi kristian sekarang ni kan?

Kalau dulu, pemimpin PAS amat kurang senang dengan kristianisasi dan dalam amanat Haji Hadi juga telah termaktub bahawa PAS menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO, PAS menentang Barisan Nasional bukan kerana namanya Barisan Nasional, tapi PAS menentang UMNO kerana masih berpegang kepada perlembagaan Inggeris.

Jadi sekarang apa pula kisahnya dengan sokongan terhadap kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible berbahasa melayu?

Apa juga yang dikatakan oleh PAS terhadap UMNO selama ini sudah terpalit ke muka mereka sendiri, jadi dengan secara semulajadinya PAS mengatakan apa yang pernah mereka ungkapkan kepada UMNO adalah satu fitnah jahat demi mencapai cita cita politik.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan